Thursday, February 1, 2007

Jika Anak...



Jika seorang anak selalu dikecam, Ia akan menjadi seorang yang suka mengacau


Jika seorang anak sentiasa diseterui, dia akan menjadi seorang yang suka berkelahi


Jika seorang anak sentiasa dihina, ia akan menjadi seorang yang pemalu


Jika seorang anak sentiasa diberi malu, ia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah


Jika seorang anak sentiasa ditabahi, ia akan menjadi seorang yang penyabar


Jika seorang anak sentiasa menerima galakan, ia akan menjadi seorang yang penyabar


Jika seorang anak sentiasa menerima galakan, ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri


Jika seorang anak ditaburi dengan pujian, ia akan menjadi seorang yang tahu menghargai


Jika seorang anak sentiasa dilayan dengan saksama, ia akan menjadi seorang yang bersikap adil


Jika seorang anak sentiasa mendapat perlindungan, ia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri


Jika seorang anak sentiasa diberi pengiktirafan, ia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain


Jika seorang anak sentiasa didampingi dan diterima, ia akan menjadi seorang yang merasai bahawa dunia ini adalah tempat paling selesa, tenang dan bahagia......






Sayangilah anak-anak kita kerana mereka adalah amanah tuhan dan harta yang tiadsa nilai tandingan......

0 comments: