Friday, January 2, 2009

Palestin : Menunggu Salahuddin ke dua











Semenjak seminggu lalu, umat Islam diseluruh dunia telah dikejutkan dengan serangan dan pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin oleh bangsa yang dilaknati iaitu Rejim israel. Tunjuk perasaan dilakukan diseluruh dunia bahkan banyak masjid-masjid yang mengadakan solat hajat memohon agar saudara seagama kita diselamatkan oleh Allah SWT dari mala petaka yang menimpa. bahkan di Masjid MMU Cyberjaya pada waktu ini ( jam 0445 pagi) kedengaran suara jemaah yang sedang melakukan Qiamullail bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan buat rakyat palestin.
Mungkin ini sebahagian daripada usaha kecil kita bagi membantu rakyat Palestin. Apa yang penting adalah kesedaran dari lubuk hati kita yang mempunyai pertautan erat dengan rakan seagama. Teringat saya akan sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud " BUkan dari kalanganku mereka yang tidak mengambil berat tentang hal ehwal saudara seIslam"

buat saudara seagama semua, Diharapkan kita tidak lupa untuk berdoa kepada Allah bagi menyelamatkan rakyat Palestin dari penindasan Kaum Yahudi. Disamping itu lakukanlah tindakan susulan bagi memberi kesan secara langsung kepada bangsa yang dimurkai Allah ini dengan melakukan boikot terhadap barangan keluaran atau yang mempunyai perkaitan dengan mereka. ingatlah segala usaha yang kita lakukan ini meskipun ianya teramat kecil namun ia tetap dikira oleh Allah sebagai jihad bagi menegakkan agamaNya.

kita mengharapkan agar lahirnya Solahuddfin Al Aytubi ke dua yang bakal membebaskan palestin dari kejahatan yahudi ini. Amin Ya rabbal A'lamin. ( Sebenarnya saya tidak dapat meneruskan coretan ini kerana terharu mendengar doa yang dibacakan oleh Imam ( Student palestin di MMU Cyberjaya pada saat ini > Semoga doa mereeka dimakbulkan Allah )




0 comments: